KURA-KURA SPESIS TERBARU DITEMUI...

Malaysia, 31 Disember 2011. Seekor kura-kura spesis baru telah ditemui di sebuah perkampungan yang agak terkenal di Malaysia, Kg Pahi. Kura-kura ini telah ditemui oleh beberapa penduduk di sebuah paya terbiar. Kura-kura berwarna merah dan bercengkerang merah seakan buah strawberi itu pandai bertutur dalam bahasa manusia. Lebih tepat lagi Bahasa Malaysia. Dipercayai telah diajar oleh ibu kura-kura. Bukan sahaja bijak bertutur malahan kura-kura itu juga boleh berdiri dengan menggunakan dua kaki belakang. Berlari dan menari. Ini adalah penemuan terbaik saintis di Malaysia untuk penutup tahun 2011. Dipercayai kura-kura ini akan dipamerkan di Musium Negara sebelum dihantar ke Taman Negara untuk dibiakkan.



Dari pandangan belakang kelihatan kura-kura ini seperti mempunyai cengkerang yang unik.Persis buah strawberi…..sedaaap gak nie….


Chomel…..Kura-kura ini yang mirip seorang budak berusia setahun setengah. Dipercayai budak itu adalah kembarnya yang dilahirkan berlainan ibu dan bapak….


Seorang penduduk cuba mencuri kura-kura ini tetapi tidak Berjaya kerana dikatakan kura-kura ini mempunyai kuasa sakti. “Pencuri itu seperti terkena renjatan elektrik apabila cubaan mencuri kura-kura itu menemui kegagalan.” Kata salah seorang saksi.

p/s: gambar x clear krn x mndapat kerjasama dr si kura-kura...ahaksss

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...