My Miss Tomboy 2

EPISOD 2


Lyfea Irdina merengus keras. Geram dengan kejadian yang berlaku siang tadi. Walaupun dia kelihatan tidak kisah dengan kata-kata yang mencercanya namun dia tetap malu apabila dituduh begitu dihadapan orang ramai.
Bukan niatnya untuk mengubah ciptaan kurniaan tetapi itu adalah salah satu cara untuk melindungi dirinya dari terus dilukai dan dipandang rendah. Mungkin caranya salah tetapi bagi Lyfea ini dapat menutup kelemahan dirinya.
Sedang asyik mengelamun bahunya ditepuk keras dari belakang membuatnya tersentak. Tangannya mengurut-ngurut dada selepas telinganya menangkap suara ketawa. Dia tahu milik siapa suara itu.
“Takkan Angah baru buat macam nie pun dah terkejut.”
Lyfea mencebik. Geram dengan Angahnya, Syahz Idrusy yang suka sangat menyakat.
“Mahunya tak terkejut. Lain kali bagilah salam. Apa kelas main sergah macam nie.” Syahz ketawa. Senang dengan perubahan yang berlaku kepada Lyfea. Sudah mahu bercakap. Jauh sekali dengan keadaannya dua tahun yang lalu. Menjauhi keluarga sendiri.
“Ye lah cik ustazah. Nanti saya akan turuti pesanan ustazah.” Sakat syahz.
“Eiii… Angah nie. Bencilah.” Lyfea membentak manja. Dia menarik muka masam.
“Alah sayang angah nie. Sakat sikit pun dah nak merajuk. Muncung tu sama panjang dengan Litar Sepang dah Angah tengok.” Syahz ketawa.
“Angah!!”
“Ye lah. Angah mengaku kalah.” Ujar Syahz sambil mengangkat tangan persis mengangkat sumpah.
“Erm… Angah tengok Lyfa nie lain macam bebenor. Ada masalah ke? Nak kongsi dengan Angah?” Syahz mengubah topik perbualan bila melihat Lyfea yang sudah hampir menangis. Dia menggeleng. Kalau disakatnya cepat aje Lyfea terasa. Tetapi kalau dengan orang lain mahu mengamuk dia berbalas mulut. Mahu perang dunia ke tiga meletus jugak dimalaysia ini.
“Angah nie. Sibuk nak tahu masalah Lyfea tapi bila Lyfea bagitau dia pulak termenung. Tak suka lah macam nie.” Syahz tersentak. Tak perasan dia mengelamun tadi. Entah apa yang diberitahu oleh Lyfea agaknya.
“Erk.. sorry sayang. Lyfea cakap apa tadi?”
“Eii. Angah nie. Lyfea cakap Lyfea tak de masalah cuma bengang tahap gaban jer dengan seseorang. Menyakitkan hati betullah dia tu.” Ujar Lyfea merujuk kepada kejadian siang tadi.
“Hahahha…patut lah adik Angah nie dah macam tahap kritikal Angah tengok.” Usik Syahz lagi. Lyfea mencerlung marah. Abangnya yang sorang nie memang payah nak serius. Ada sahaja lawak bodoh yang nak kenakan dirinya.
“Angah nie seriuslah sikit. Lyfea betul-betul geram nie dia buat lawak plak.”
“Yer lah sayang. Angah seriuslah nie. Memang dah kritikal lah kalau adik Angah yang susah nak marah nie bleh bertukar jadik Hulk tiba-tiba.”
“Bila plak Lyfea jadik Hulk nie?” eiii Angah nie. Ada jugak dia katakan aku nie Hulk? Sikit punya comel aku nie dikatakan Hulk yang hijau berkilat tu? Tolong sikit.
“Yer lah dah lyfea cakap tadi geram tahap gaban kan? Setahu Angah, tu tahap petala kelapan dalam system geram. Bertuah budak tu tak jadi mangsa sayang Angah ni.”
Lyfea menggeleng. Payah betul nak bercakap dengan abangnya yang sorang nie. Tapi memang betul pun apa yang angah dia cakapkan nie. Dia memang geram gila dengan mamat tu. Kalau tak difikirkan dia berada dikhalayak ramai mahu lembik mamat tu ditibainya. Huhuuhuh… macamlah aku nie gagah sangat. Bak kata angah, macam Hulk.
“Nie awat nyer duk termenung plak nie? Tadi nak story-mory kat Angah. Tengok. Angah dah focus nie. Dah serius gila dah nie.” Ujar Syahz sambil membuat mimik muka serius. Lyfea ketawa melihat wajah angahnya. Seriuslah sangat.
“Huh!. Story sikit kat angah siapa yang buat adik kesayangan angah nie geram tahap gaban?” Sempat lagi dia mengenakan Lyfea. Lyfea menggeleng. Parah betul dapat abang macam nie. Ada jer yang nak kenakan dia.
“Ada budak kat kolej tadi sengaja nak kenakan Lyfea. Sengaja nak buat Lyfea marah agaknya.”
“Apa yang budak tu dah buat?” soal Syahz. Kesian jugak dengan Lyfea.
“Dia sengaja nak jatuhkan maruah Lyfea. Mentang-mentanglah Lyfea berpakaian macam nie. Yang peliknya pelajar lain pun ada jugak yang pakai macam nie tapi tekde nyer budak tu nak kecoh. Lyfea tak ganggu dia pun tiba-tiba dia nak marahkan Lyfea tak tentu fasal.” Rungut Lyfea.
Syahz Idrusy terangguk-angguk mendengar rungutan Lyfea. Dia memandang adik kesayangannya dengan perasaan berbaur. Sedih, kasihan, kecewa, dan sayang bercampur dalam hatinya.
“Angah dengar tak nie?” Pelik apabila melihat Angah menjadi pendiam tiba-tiba.
“Dengar sayang. Huh… Apa nama budak tu? Biar Angah bagi pengajaran sikit sebab buat adik Angah sedih.”
“Entah apa nama entah. Budak tak betul agaknya. Orang berbual pasal orang lain tapi dia pulak nak angin satu badan. Perasan tul lah budak tu.”
Lyfea mengetap bibir. Entah apa kesalahan yang dia buat terhadap lelaki itu dia tak tahu. Setahunya dia dan rakan-rakanya berbual tentang Emily, pelajar paling perasan kat kolej tu. Mentang-mentanglah anak datuk dia ingat dia boleh control semua orang. Malam sikit. Nie Lyfea lah. Ketua mafia kat kolej. Hahhahah.
“Ni apasal pulak duk tersengih sorang-sorang nie? Tadi bukan main marah lagi.” pelik betul dengan perangai budak nie. Tadi bukan main lagi angin putting beliungnya. Sekarang boleh tersenyum pulak? Pelik. Ke tak sihat budak nie?
Syahz meraba dahi Lyfea yang sedikit terselindung dengan topi baseball. Dahinya dikerutkan. Tak panas pun.
“Lyfea tak demam lah.” Ditepis tangan Angahnya yang masih melekat didahinya. Syahz tersengeh. Bijak pula budak nie membaca fikirannya. Selalunya lurus bendul. Blur memanjang.
“Budak tu laki ke pompuan?” soal Syahz.
“Lelaki.”
Tiba-tiba Syahz tersenyum. Mahu mengenakan adiknya. Kalau sesaat dia tak mengusik Lyfea hidupnya tak terasa kosong dan membosankan.
“Entah-entah dia nak pikat Lyfea tak?” Lyfea mencebik. Bahu Angah ditampar lembut. Huh!! Selisih malaikat 44. Kalau lelaki itu sukakannya pun. Dia belum tentu ingin berkenalan dengan lelaki yang suka bercakap besar dan sombong itu.
“Malaslah cerita sal mamat tu. Kita cerita sal benda lain plak. Hmm…bila Angah nak kahwin? Lyfea teringin nak bermain dengan anak saudara.” Lyfea tersenyum memandang Syahz yang kelihatan tak senang duduk. Isu sensitif bagi Angahnya.
“Hisy… Angah kan study lagi kenapa Angah pulak? Lyfea suruhlah Along kahwin. Nanti orang cakap langkah bendul pulak kalau Angah yang kahwin dulu.”
“Nak tunggu Along berjanggutlah nampaknya Lyfea.” Ujar Lyfea sambil berpura-pura mengusap dagunya yang licin itu persis mengusap janggut.
Syahz ketawa besar sambil kepalanya digeleng. Lucu dengan telatah Lyfea. Kalau dengar dek Alongnya kata-kata lyfea sebentar tadi mahu ketawa besar. Bukannya dia tak tahu yang Alongnya tak pernah mengambil serius kata-kata Lyfea.
Alongnya bukan tak kacak, kacak tetapi terlalu serius. Tiada kemesraan pada wajah itu. Walaupun begitu saban hari ada saja perempuan yang menghubungi Alongnya. Ajak keluar tetapi Along menolak. Tak selesa katanya. Lyfea juga pernah bagitaunya yang Along ada iras-iras Dangdeng Dantes, pelakon yang memainkan watak Sergio dalam drama Marimar. Kacak ke mamat tu? Kacak lagi aku. hehehheh.
“Alah…Along tu nampak jer serius memanjang. Bila berbual dengan perempuan tu muka tak pernah nak senyum, tapi kalau Lyfea nak tahu Along tu dah sedia nak kahwin. Tunggu masa jer.” ujar Syahz tersenyum.
“Yer lah tu. Tak pernah pulak Lyfea tengok Along rapat dengan perempuan kecuali…” Syahz tersentak. Sempat dia melirik memandang raut wajah Lyfea yang mula berubah.
“Lyfea jangan sebut nama perempuan tu lagi. Angah tak nak dengar.” Marah Syahz. Pantang benar dia apabila mendengar cerita tentang perempuan yang menjadi penyebab  Along dan adiknya berubah.
Syahz bangun meninggalkan Lyfea keseorangan ditaman. Tak betah mahu berlama memandang wajah murang si adik.


My Miss Tomboy 1

EPISOD 1

Tengku Qhays Ishaque mengaduh kesakitan tatkala jarinya menyentuh kesan lebam yang terbentuk dibibirnya. Tidaklah teruk sangat tetapi tetap menarik perhatian sesiapa yang terpandangnya.
Hatinya benar-benar geram apabila mengingati kejadian yang berlaku siang tadi. Kalau bukan disebabkan oleh perempuan itu bibirnya mungkin dapat diselamatkan dari menjadi habuan. Fikirannya segera melayang mengingati kejadian itu.
“Kau kenal tak budak tomboy course management?” soal Ameer ketika mereka sedang lepak di cafĂ© Setia.
Qhays yang sedang minum tersentak. Tidak menyangka pula topik tentang budak yang tak normal begitu ditimbulkan oleh sahabatnya. Setahunya sahabat-sahabatnya itu suka berbual tentang pelajar perempuan yang mempunyai tubuh yang mengiurkan dan seksi habis. Termasuklah dirinya. Huuhuhu. Tetapi ini terbalik pula. Budak yang kurang gen perempuan pula menjadi topik hangat hari ini.  
“Budak mana?” soal Qhays perlahan. Topik yang tak menarik perhatian langsung.
Kat kolej nie berlambak pelajar yang tak bersyukur dengan kurniaan Allah. Ada yang perempuan mengaku lelaki. Lelaki tetapi berlagak seperti perempuan. Huh!!! Entah apalah dunia sekarang.
“Budak course management tu lah. Yang selalu bergaduh dengan Emily, makwe kau tu.” Ujar Ameer tersenyum melihat Qhays yang menjelingnya tajam. Tahu benar dia dengan Qhays yang pantang benar bila dikatakan Emily itu adalah teman wanitanya walhal itulah yang sebetulnya.
“Budak mana nie? Setahu aku berlambak budak management yang pelik kat sini” disedutnya jus oren sehingga tinggal separuh gelas. Wah!!! Nikmat betul minum time-time panas membahang nie.
“Hisy…kalau yang putih gebu, seksi senang jer kau nak ingat yer? Kalau yang out of dated, yang tak serupa perempuan susah betul pulak nak ingat.” Rungut Ameer. Payah betul nak ingatkan mamat nie.
Andrew disisi hanya terangguk-angguk. Diam tidak menyampuk. Jarang sekali dia berbicara tentang perempuan. Hanya Qhays dan Ameer yang selalu berbual tentang hal itu. Topik yang menjadi pilihan mereka semestinya pelajar perempuan yang seksi habis. Sesuailah dengan title playboy yang disandang mereka sejak dua tahun yang lalu.
“Sorry lar beb. Macam lar kau tak kenal dengan aku.” Ujar Qhays sambil tersenyum. Andrew dan Ameer mencebik geram.
“Kitakan pernah terserempak dengan dia kat library hari tu. Yang terlanggar kau hari tu.” Ujar Andrew tiba-tiba.
Qhays merenung pemuda cina dihadapannya ini. Pelik bin ajaib. Jarang benar dia berbicara tentang perempuan. Yang Andrew tahu hanyalah games. Tetapi kali ini beria benar mahu dia mengingati perempuan itu. Special sangat ke perempuan tu? Tetapi kenapa dia tidak ingat langsung tentang perempuan itu?
“Aku tak ingatlah. Girl yang mana satu nie?” Tungkasnya. Dia benar-benar tidak mengingati perempuan itu. Lagipun untuk apa? Dah la tidak seksi, tidak juga berpewatakan seperti perempuan. Buat mengurangkan ruang memorinya sahaja. Tak berbaloi langsung.
Ameer dan Andrew saling berpandangan. Masakan Qhays tidak mengingati perempuan itu. Walaupun tidak seperti perempuan lain tetapi perempuan itu tetap menarik perhatian lelaki jika diperhatikan betul-betul. Terutama pada matanya yang unik itu.
Andrew memanjangkan lehernya memandang sekeliling tatkala terdengar suara ketawa yang agak kuat. Dia tersenyum tiba-tiba sambil memandang Ameer yang turut tersenyum.
“Cuba kau tengok kat depan tu. Yang berbaju biru dan pakai topi baseball.” Usul Andrew sambil memandang ke satu arah.
Qhays yang sedang menyisip jus oren mendongak memandang kearah yang diberitahu oleh Andrew tadi. Berkerut dahinya memandang sambil menganalisis perempuan itu. Terasa tersekat nafasnya apabila tiba-tiba otaknya mengingati segala peristiwa di library itu. Peristiwa dimana dia dimarahi oleh perempuan itu gara-gara laluannya dihalang.
“Dah ingat ke?” usik Ameer tatkala melihat wajah Qhays yang mula beronar kemerahan.
Qhays meregus apabila Andrew dan Ameer mengetawakan dirinya.
“Dah lah korang nie.Saja je nak kenakan aku. Jomlah blah. Dah tak ada selera aku nak berlama kat sini.”
Qhays bangun dan mahu segera berlalu dari kawasan yang tiba-tiba terasa panas itu. Naik meluat apabila memandang perangai perempuan itu yang ketawa gembira. Entah apa yang seronok pun dia tak tahu.
“Relax lar bro. Takkan sal budak tu pun kau dah nak marah.”
Ameer tersenyum sinis. Sesekali matanya melirik memandang perempuan itu dan rakan-rakannya yang sedang mencari tempat duduk sambil membawa mangkuk mee yang masih berasap.
Baru sahaja Ameer dan Andrew bangun dari tempat duduk, kelibat perempuan itu dan rakan-rakannya sudah ada dihadapan. Ameer menbuat telahan mungkin mereka ingin duduk disini sementelah tempat lain sudah penuh. Ameer dan Andrew terburu-buru bangun. Tak mahu mereka semua tertunggu-tunggu. Tetapi Qhays pula hanya buat endah tak endah sahaja. Sengaja menempah maut.
“Hah! Jomlah. Tadi nak sangat pergi.” Ajak Ameer.
“Alah. Relax lar kawan. Kita lepak kejap. Nie hah...makanan pun tak hadam lagi.” Ujar Qhays sambil menepuk-nepuk perutnya yang kekenyangan. Matanya sempat melirik pada perempuan tomboy yang sudah berubah wajahnya itu. Mungkin marah dengan kata-katanya itu.
“Jomlah Qhays. Diaorang pun nak guna gak tempat nie.” Ajak Ameer. Gerun pulak bila melihat wajah perempuan tomboy itu yang sudah berona merah. Cuba menahan rasa marah lah tu.
Ameer mengetap bibir. Geram. Yang mamat nie pun satu. Sengaja mahu menaikkan kemarahan perempuan itu. Seingatnya, kejadian di library hari itu pun disebabkan oleh kata-kata Qhays yang mengomel tentang pemakaian perempuan itu.
“Alah. Relax lar Meer. Budak-budak nie pun tak cakap apa-apa korang plak yang lebih.” Ujar Qhays sambil tersenyum sinis. Dipandang budak tomboy yang masih merenung mangkuk meenya.
‘rasakan.. baru kau tau langit tu tinggi ke rendah’ getus hati Qhays sambil tersenyum
“erm… abang Qhays. Boleh tak kita orang duduk kat sini? Tempat lain dah penuh.” Ujar perempuan yang berbaju merah.
Qhays tersenyum. Tahu jugak budak nie yang dia adalah senior. Wajib dihormati.
“Hah! Kau dah dengarkan budak-budak nie cakap apa? Jom lah blah.” Ujar Ameer. Gerun plak nak berlama kat sini apabila matanya sempat menangkap kerlingan maut dari budak tomboy itu.
“Korang nie bagi muka sangat kat budak nie. Dia bayar korang berapa hah?” soal Qhays tidak berpuas hati. Dia bangun mahu meninggalkan bangku itu. Geram apabila Ameer dan Andrew tidak menyokong dirinya. Selalunya mereka berdua pun dua kali lima dengan perangainya.
Belumpun dua langkah dia meninggalkan tempat itu telinganya menangkap suara perempuan tomboy itu mengatanya. Semakin geram dia dengan perempuan itu.
“Mentang-mentanglah kaya, dia ingat boleh buat kita macam nie? Nie menunjukkan yang dia nie masih lagi low class. Duit menggunung tapi morality tak de.” Ujar perempuan tomboy itu kepada rakan-rakannya. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
Hati Qhays membara. Sakit hati dengan kata-kata perempuan itu yang seolah-olah mencabarnya. Walaupun perempuan ittu tidak menyebut namanya tetapi dia pasti dialah orangnya yang menjadi rungutan perempuan itu.
“Betul tu Lyfea. Tak sangka aku masih ada lagi orang yang tak bertamadun di zaman moden nie.” Sokong pula sahabatnya yang berbaju hitam. Spesis jer dengan budak tomboy tu. Owh! perempuan tomboy itu bernama Lyfea.
“Dia orang ingat tempat nie hak milik dia orang ke? Suka hati jer nak arahkan orang buat itu ini. Tak suka betul aku kalau ada budak yang bodoh sombong nak ajar aku apa yang patut aku buat.”
“Biasalah tu. Anak orang kayalah katakan. Kalau tak sombong tak sah. Tak standardlah beb.”  Lyfea mengangguk.
“Aku tak setuju. Yang kaya tu mak bapak diaorang bukan diaorang. Nak berlagak plak dengan harta mak bapak apa kelas.” Qhays sudah panas telinga. Minah nie nak kena betullah. Qhays berjalan menghampiri meja perempuan itu.
“Jangan asyik nak cari kesalahan orang jer tetapi diri sendiri buat endah tak endah. Sengaja nak butakan pintu hati.” Ujar Qhays tiba-tiba. Tersenyum sinis dia memandang wajah terkejut Lyfea.
Ameer dan Andrew dibelakang Qhays hanya saling berpandangan. Entah apalah yang ingin dilakukan oleh Qhays terhadap perempuan itu.
“Sorry? Saya mintak maaf kalau apa yang telah kami cakapkan tadi mengguris perasaan awak. Tetapi setahu saya, awak tak ada kena mengena dengan hal ini. It’s not about you.” Ujar Lyfea. Dibalas pandangan Qhays yang merenungnya tajam.
“owh. Tak ada kena mengena? Now I know. Kalau ada orang yang merungut dan sengaja mengata tentang perangai saya tu tak ada kena mengena dengan saya. i’m impress.” Dipandang wajah Lyfea yang sudah berkerut seribu. Baru kau tau minah tomboy?
“Awak tau tak apa yang dah awak ceritakan pada kawan awak tu satu tuduhan yang tak berasas sama sekali? Tindakan awak tu seperti sengaja nak menjatuhkan maruah saya.” sambung Qhays lagi. Tergambar seraut wajah kemenangan pada dirinya. Yes…I win today.
Namun sebentar Cuma kerana perasaan marahnya kembali apabila melihat Lyfea memandang rakan-rakannya. Gaya seperti tidak bersalah langsung.
“Apa yang awak merepek nie?” soal Lyfea. Matanya sempat melirik kearah Mangkuk mee yang tidak sempat dijamah. Nampaknya kempunanlah aku hari nie.
“Satu je yang saya nak ingatkan kat awak, Miss Tomboy. Jangan nak menilai orang lain kalau awak sendiri pun dua kali lima macam mereka. Entah-entah awak nie lagi teruk dari mereka. Kesian. Tuhan dah anugerahkan yang terbaik untuk awak sebagai perempuan tapi awak nak berlagak macam lelaki. Tak pernah nak bersyukur agaknya.” Ujar Qhays panjang lebar. Huh… puas hati aku.
Ameer. Andrew dan rakan-rakan Lyfea terdiam mendengar komen pedas dari Qhays. Kedengaran suara sorakan dari pelajar lain yang turut berada disitu. Semestinya mereka juga mendengar cercaan dari Qhays.
“Apa yang kau buat nie, Qhays? Dah lar tu. Jom…….”
“Saya rasa awak dah salah faham.” Ujar Lyfea memotong kata-kata Ameer.
“Owh. Really??? By the way. Satu jer yang saya nak ingatkan kat awak. Perempuan yang tak normal macam awak nie tak layak nak mengata tentang orang lain cik Lyfea or should I called you Miss Tom…boy?”
Baru sahaja Qhays berkata sedemikian satu tumbukan padu hinggap dibibirnya.Tak sempat dia mengelak kerana tidak menyangka perempuan tomboy itu boleh menghayunkan tumbukan sekuat dan sepantas itu. Hampir teduduk dia disitu.
Andrew tersentak. Dia berpandangan dengan Ameer. Ternyata semua pengunjung disitu turut tergamam. Belum sempat dia berkata apa-apa perempuan itu berlalu meninggalkan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...