GAYA POPULAR TAHUN 2012

Seperti yang kita ketahui, tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya dan kini kita sudah memasuki tahun 2012. Pelbagai gaya-gaya menarik dapat kita lihat sempena tahun baru ini. Korean's style. Japanese's style dan tidak kurang juga pelbagai gaya yang pelik-pelik. Pada tahun ini saya sudah mengesan style baru yang mungkin akan menambat hati anda semua. (Erk. Mungkin tidak..ah!! lantak lar. Sambung balik.) Model terkenal (Mohammad Esyan Firasz) mengayakan style terbaru ini.


Kolar baju dinaikkan sebelah sambil memakai cekak berwarna-warni… sambil membuat muka chomel…J sambil membundarkan mata anda (kasi besaq skit).


Rambut belakang dibiarkan berdiri (mencacak) dan sekiranya cicak terjatuh diatas rambut anda, dia akan innalillah (mampus) terus. anda disarankan membuat mimik sedih @ innocent (seperti ini) untuk memikat gadis2 chomel...

Untuk menunjukkan aksi yang lebih manja anda disarankan tidoq @ letakkan kepala di atas lengan orang lain. Sesiapa sahaja yang anda jumpa walaupun tidak kenal….erm..disarankan lelaki (sekirannya anda lelaki). Kerana kami tidak bertanggungjawab seandainya anda menjadi mangsa sepak terajang (ditumbuk).
“Wah!!! Happy betul saya hari ini kerana menerima anugerah model of the year. Ahaks… ” 

Gaya frust menonggeng ini semakin diminati oleh masyarakat sekarang. Pernah dipopularkan oleh artis korea dan jepun seperti Taecyeon (2pm), Donghae (suju), Osamu mukai, YamaP (buzzer beat) dan ramai lagi.


p/s: saya akan menampilkan gaya-gaya yang lebih menarik, tertarik kau memang de' boom pada masa akan datang. so, to be continue...

SAUNA KANAK-KANAK

Ingin merasai perasaan bersauna? Tapi bimbang tiada orang menjaga anak anda di rumah?  Tidak perlu bimbang. Kami menyediakan pusat sauna yang juga boleh disertai oleh anak anda. Bukan sahaja boleh merasai perasaan bersauna tetapi juga boleh mengeratkan hubungan di antara famili anda. Kunjungilah Pusat Sauna Ardastra….


Kanak-kanak ini adalah pengunjung tetap di pusat sauna kami. Ibu bapanya tidak dapat dikenal pasti kerana dia sentiasa bersendirian. Pusat sauna ini memang selamat. Syok sampai meleleh ayaq liuq. Don’t worry.


“Pusat sauna ini memang best!!! Jom datang sini. Kita buat konsert kat sini” ujarnya.


Selepas bersauna anak anda boleh juga beriadah bersama rakan-rakan....sambi menonton televisyen... pelbagai kemudahan disediakan di pusat ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...