My Miss Tomboy 6

EPISOD 6


ANDREW ketawa mengekeh mendengar cerita yang baru sahaja disampaikan oleh Qhays. Tidak menyangka bahawa sahabat yang kelihatan gentleman dan digilai ramai itu boleh bertindak sejauh itu. Semenjak peristiwa yang berlaku padanya 2 tahun yang lalu, Qhays ternyata berubah. Hatinya semakin beku. Kelakuannya juga selalu membimbangkan keluarganya. Hanya kerana seorang wanita. Cinta hanya dianggap pemusnah kehidupan lelaki.
“Tak sangka kau sanggup buat Emily macam tu.” Ujar Ameer. Walaupun dia tidak pernah menyukai Emily tetapi dia tidak sanggup memperlakukan perempuan itu begitu.
Dia dapat membayangkan apa reaksi Emily ketika Qhays menghalaunya keluar dari kereta semalam. Kalau tidak menangis mesti minah tu meraung di tengah jalan. hahhah. 
“Sanggup tak sanggup tu lain kira. Dah dia buat perangai.” Ujar Qhays mempertahankan tindakannya semalam.
“Kau tak kesian ke tinggalkan dia sorang-sorang kat tengah jalan macam tu? Malam-malam pulak. “ Andrew cuba mencungkil perasaan Qhays.
“Kesian jugak. Tapi kau tahulah kan perangai aku. Kalau dah tension tu memang suka jer aku buat perangai mengarut macam tu. Dah tak kisah dah siapa dia. Janji aku puas.” Qhays tersenyum. Mengakui perangainya yang agak keterlaluan itu.
“Kau memang. Datang je masa tak betul kau tu. Apa pun jadi.” Sindir Ameer.
Bukannya pelik kalau Qhays melakukan perkara yang melampau seperti itu. Sudah ramai perempuan yang pernah merasa ditinggalkan sorang-sorang di tengah jalan. Tetapi ada sahaja perempuan yang cuba mengoda mamat tu.
Pernah sekali ada perempuan menangis kerana Qhays. Ada ke patut Qhays menghadiahkan seekor katak pada hari jadi perempuan itu. Tetapi dia dan Andrew tidak pernah menyalahkan Qhays. Perempuan itu saban waktu merengek-rengek meminta dibelikan hadiah. Sudahlah mamat tu baru jer diberi kaunseling oleh papanya. Mood tengah dilanda tsunami. Sekali rosak majlis hari jadi dek hadiah special dari Qhays.
“Alah. Bukan kau tak kenal perangai si Emily tu macam mana. Asyik nak arah orang jer.” Sokong si Andrew. Memang dia sokong kalau Qhays mengenakan minah tu. Tak pernah dia rasa bersimpati pada Emily.
“Perangai dia teruk macam mana pun dia tetap perempuan. Kau kena ingat tu.”
Andrew mencebik mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Ameer itu.
“Kalau perempuan macam Emily tu kau tak payah nak bersikap gentleman sangat. Tergedik sana, tergedik sini. Naik loya aku tengok.”
Qhays mengangguk. Memang dia setuju dengan kata-kata Andrew. Perempuan seperti Emily tak boleh diberi muka. Nanti kepala kita sendiri dipijaknya.
“Hisy kau nie. Dah nama pun perempuan. Memanglah dia suka tunjuk manja. Lagipun, Emily tu satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Tak pelik lah kalau dia tu manja.”
“Orang lain pun anak perempuan tunggal macam si Emily tu, tetapi tak adalah perangai melampau macam dia. Dia ingat nie Kolej bapak dia?” rungut Andrean.
“Biasalah tu. Dah nama pun perempuan. Mestilah dia tak suka kalau orang yang dia suka tak bagi sepenuh perhatian pada dia.” Tambah Ameer lagi.
Ameer ketawa besar apabila matanya melihat raut wajah Andrew yang mencebik. Suka benar dia melihat wajah rakan-rakannya yang mencebik geram begitu.
“Hahhah. Lawak lar kau nie. Tak tau pulak kau nie dah jadik lelaki macho yang baik hati macam nie. Selalunya kaulah bapak segala penjenayah yang suka kacau perempuan yang bernama Emily tu.” Qhays ketawa besar. Lawak betul dengan budak sorang nie. Berlagak suci padahal dialah hantunya.
Emily tu ibarat musuh ketatnya. Pantang berjumpa ada jer yang tak kena pada matanya tentang Emily. Gediklah. Suka mengarah oranglah. Queen controllah. Habis segala benda buruk dia akan sebut apabila ternampak perempuan itu.
“Huh!!! Macam lar aku tak kenal kau. Mulut kata lain, tapi hati kata lain. Jangan nak kelentong kitaorang dengan ayat  tahap dewa kau tu. Muka kau tu dah sah-sah gembira bila Qhays tinggalkan minah tu semalam.”  Ameer ketawa besar mendengar omelan Andrew. Pandai betul mamat cina nie membaca riak mukanya.
“Sekali-sekala tunjuk simpati kat orang tak salahkan?”
“Memang tak salah tapi tak kena tempat. Perempuan macam Emily tu tak layak kita nak kesiankan.” Bebel Andrew.
Qhays yang mendengar perdebatan dua sahabat itu menggeleng.  Jarang sekali perihal Emily menjadi perdebatan mereka berdua. Selalunya mereka sependapat sekiranya berkaitan perempuan itu. lebih-lebih lagi apabila tersebar berita tentang perempuan itu dikenakan orang. Bersorak lah mereka berdua.
***************************************************************************************

LYFEA menggeleng kepala mendengar cerita yang disampaikan oleh Andreanna kepadanya. Tak ada cerita lain agaknya. Asyik-asyik berkenaan mamat terencat tu. Kalau semalam Helensha yang asyik bercerita tentang mamat tu tetapi sekarang dah berjangkit pula dengan Andreanna.
“Tak habis lagi ke cerita tentang mamat tu? Boring lah.” Rungut Lyfea. Naik tebal cuping telinganya apabila setiap masa di sajikan dengan cerita mamat tu.
“Nak habis macam mana? Aku baru nak mula jer nie.”
Mencerlung mata Lyfea memandang Andreanna yang sedang ketawa mengekeh. Suka hati agaknya kerana dapat mengenakan Lyfea.
“Hahahha. Habis tu yang 2 jam sebelum nie kau cerita tentang apa? Bukan hal mamat tu ke? Macam mana boleh cakap baru nak mula nie?”
Andreanna mencebik geram. Rasanya tak adalah sampai 2 jam dia bercerita tentang mamat terencat tu a.k.a Tengku Qhays.
“Yang 2 jam tu baru intro dia. Nie baru perenggan pertama.”
Andreanna tersengih melihat melihat Lyfea yang mengeluh perlahan. Helensha pula hanya ketawa melihat kedua-dua sahabatnya itu.
“Banyaklah kau perenggan pertama. Kau ingat nie nak buat karangan time SPM ker?” sampuk Helensha.
“Eii…. Mrs Johan nie. nak menyampuk jer kerja dia.” Marah Andreanna. Sengaja memanggil Helensha dengan panggilan Mrs Johan.
“Hisy kau nie. Dengar dek Johan nanti.”
“Biarlah. Barulah dia tahu kau nie dah tak sabar nak kawin.” Sakat Andreanna. Helensha menarik muka. Malu bila dikaitkan dengan Johan sedangkan mereka sudah hampir setahun bercinta.
“Alah Sha. Malu-malu kucing pulak. Macam lah aku tak tahu.” Helensha tak senang duduk. Entah apa yang diketahui oleh minah nie agaknya. Suspen betul.
 “Apa yang korang tahu nie?” soal Helensha sambil memandang wajah Andreanna yang tersenyum lebar. Lyfea yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
“Kau dah terima lamaran Johankan? Nak sorok dari kita orang ek.” Semakin galak Andreanna menyakat Helensha. Cerita perihal mamat terencat itu dilupakan terus.
“Mana korang tahu nie?”
Helensha menggelabah. Tak sangka pula berita tentang dia menerima lamaran Johan sudah diketahui oleh Lyfea dan Andreanna. Sedangkan baru semalam Johan melamarnya. Wah!! Express betul mereka berdua nie.
“Macamlah kau tak tahu Johan tu macam mana. Mestilah dia kena mintak izin dari bos besar dulu.” Ujar Andreanna sambil matanya sempat menjeling Lyfea yang sedang minum.
“Dia tanya kau ke Lyfea?” Soal Helensha.
“Mana ada dia tanya aku. Kau jangan nak buat spekulasi yer Anna.” Mencerlung mata Lyfea memandang Andreanna tajam. Tak mahu Helensha salah sangka tentang perhubungan dia dengan Johan. Bikin gosip liar sahaja minah nie.
“Tak adalah.” Sambungnya lagi. Mukanya sengaja di seriuskan. Namun dia akhirnya tersengih apabila Helensha masih memandangnya dengan riak tak percaya.
“Dia bagitau aku jer yang dia nak lamar kau semalam. Tak adalah sampai nak mintak izin aku.” sengih Lyfea.
Helensha mengeluh. Bukannya dia tak kenal dengan perangai Johan yang cukup rapat dengan Lyfea. Setiap apa yang ingin dilakukannya mesti di beritahu kepada Lyfea. Sampaikan apabila mahu keluar dating dengannya pun Johan akan telefon kepada Lyfea. Bukan apa, hanya mahu meminta pendapat tentang tempat yang sesuai sekiranya mahu keluar. Kalau difikirkan ibarat Lyfea adalah teman wanita Johan dan bukannya dia.
“Kau marah ke?” soal Lyfea.
Dipandangnya wajah Helensha yang tidak berubah riak. Bimbang juga sekiranya hubungannya dengan Johan disalah tafsir oleh Helensha. Seterusnya merosakkan hubungan mereka berdua.
“Tak ada maknanya aku nak marahkan kau. Bukannya aku tak tahu kau dengan Johan tu macam mana.”
Lyfea mengangguk senang. Baguslah kalau Helensha memahami. Payah juga sekiranya berlaku perang dunia ketiga disebabkan dia.
“Aku dah suruh dah siJohan nie jangan call aku. Tapi dia nie degil betul.” Rungut Lyfea.
Sudah diberitahu kepada Johan supaya jangan menelefonnya setiap kali berdating dengan Helensha tetapi dia degil. Selalu merajuk. Dikatakan yang Lyfea nie tak sudi berkawan dengannya dan sengaja mahu melihat dia dimarahi oleh Helensha.
“Alah Lyfea. Tolong kawan apa salahnya.” Ujar Helensha. Diraihnya bahu Lyfea.
“Tolong apa? Satu kerja pula aku nak ingat dated korang. Dia ingat aku nie diari dia ke?”
 “Aku rasalah kan. Kalau kau tak ingatkan dia tentang dated dia dengan Sha. Mau berjanggutlah Sha duk tunggu dia. Nyanyuk agaknya mamat tu.” Sampuk Andreanna. Ketawa besar dia apabila sempat menangkap kerlingan maut dari Helensha.
“Kau nie agaklah. Yang kau kata nyanyuk tu pakwe aku tau.” Ujar Helensha pura-pura merajuk. Andreanna tersengih cuma.
“Jangan dia suruh aku ingat setiap anniversary korang sudah lar. Mahu makan penumbuk agaknya.”
Lyfea mengeleng. Buat naye je sekiranya Johan mahu dia mengingati setiap tarikh yang bermakna diantara dia dengan Helensha. Bila pertama kali kenallah, pertama kali ajak Helensha jadi awek dialah. Gila!!! Lama-lama mahu dia jadi setiausaha tak bertauliah mamat tu sahaja. Eiii… mintak simpang. Ngeri….
Helensha tersenyum. Dia sendiri tidak pasti kenapa rapat benar hubungan diantara Johan dan Lyfea. Setahunya, Johan berkawan rapat dengan Syahz Idrusy, Angah kepada Lyfea. Mungkin Johan telah diberi amanah untuk menjaga Lyfea di kolej ini sementelah Lyfea adalah satu-satunya adik perempuan Syahz. Mungkin.
“So, bila kau nak kahwin dengan Johan?” Soal Andreanna. Helensha tersenyum malu.
“Kita orang tak bincang lagilah tentang hal tu. lagi pun kita masih ada 2 semesta lagi sebelum graduate and Johan dalam tahun akhir. Lambat lagi lah.” Ujar Helensha sambil tersenyum manis. 

8 comments:

  1. lama nk tggu otak ni refresh blik cter ni..akhirnya lps bce chpt 1, baru igt cter ni blik..hehehe, best, lama tggu cter ni update..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisy.. tupang tanya.. ceritanya smpi episod 6 je ke? aduhh.. mne nk cari episod 7 ni.. ishish.. help me

      Delete
  2. Please saya nak part 5.. kenapa tk ada?? please lah.. nak tau apa jadi kat part 5.. please please please... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni utk awk part 5.. http://ardastrashinju.blogspot.com/2011/12/my-miss-tomboy-5.html

      Delete
  3. Assalamualaikum. To writer bila nak upload lagi cite nii bab 7?(klau leh send laa kt email saya amira_teddy1@yahoo.com)

    ReplyDelete
  4. Aku rasa cite ni mang xde sambungan laa.. bt penat je bca sparuh2..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak crita ni xde smbungan bab 7 ekk??

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..akak smbung la crita ni lgi dh lama saye tnggu :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...