My Miss Tomboy 5

EPISOD 5

JAM DINDING berdenting dua kali menandakan sudah masuk pukul 2 pagi. Namun kelibat anak tunggal lelakinya masih belum kunjung tiba. Tak senang duduk menunggu kepulangan Tengku Qhays Ishaque.
Datin Sri Tengku Hasimah sedar akan kelakuan anaknya itu yang sukar dikawal. Suka memberontak dan sejak akhir-akhir ini selalu keluar malam. Awal-awal pagi baru nampak batang hidungnya dirumah ini.
“Dah lewat nie Mah. Elok awak tidur dulu.” Usul Dato’ Sri Raja Alauddin.
Datin Sri Tengku Hasimah mengerling kearah suaminya yang berada di hujung tangga. Tak perasan sejak bila suaminya itu turun ke ruang tamu.
“Abang tak tidur lagi?” soal Datin Sri Tengku Hasimah sambil memandang suaminya yang duduk disisinya.
“Macam mana saya nak tidur kalau awak tak de kat sebelah saya?”
“Hisy…abang nie. Pagi-pagi lagi dah buat lawak.” Datin Sri Tengku Hasimah tersenyum senang dengan gurauan suaminya.
“Apa pulak abang buat lawak? Betullah tu. Mana pernah saya boleh tidur kalau awak tak de kat sebelah saya. Kalau pergi outstation kat luar Negara pun saya bawak awak kan?”
Datin Sri Tengku Hasimah tersenyum. Dia akui lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir 30 tahun ini begitu menyintai dirinya. Tahu benar dengan perangai si suami yang tidak boleh berenggang dengannya walau sehari.
“Qhays tak balik lagi?” ujar Dato’ Sri Raja Alauddin mematikan lamunan si isteri.
“Belum bang.” Datin Sri Tengku Hasimah mengeluh.
“Dia tak bagitau abang ke dia pergi ke mana?”
“Bukannya tak tahu perangai anak teruna abang yang sorang tu. Kemana dia pergi tak pernah nak di beritahunya kita. Tahu-tahu dah lesap. Pagi esok baru nampak muka. Apa nak jadilah dengan Qhays sekarang nie.”  Bebel Datin Sri Tengku Hasimah lagi.
Geram dengan perangai Qhays yang sudah semakin berubah. Kalau dulu anaknya itu suka berada dirumah tetapi kini rumah hanya dianggap sebagai hotel. Balik bila mahu tidur.
“Abang pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Nak marah dah besar panjang. Dah boleh jadi bapak budak tapi perangai…” keluh Dato’ Sri Raja Alauddin.
“Entahlah bang. Mah pun tak tahu nak buat apa lagi kat budak sorang tu. Cakap kita nie bukannya nak didengar.”
“dah lah tu Mah. Jomlah kita tidur. Esok abang ada meeting dengan Datuk Shakir. Qhays tu tak tahu balik ke tak malam nie.”
Datin Sri Tengku Hasimah mengeluh. Kakinya diatur mengikuti suaminya. Sempat lagi mengerling kearah jam yang digantung didinding. Hampir pukul 3 pagi. Datin Sri Tengku Hasimah mengetap bibir. Geram.
**********************************************************************************
Emily tersenyum mengoda memandang Tengku Qhays yang sedang memandu kereta Volkswagen EOS. Tangannya mengusap lembut lengan Tengku Qhays. Kepalanya dilentokkan keatas bahu Tengku Qhays.
“You nak bawa I ke mana nie sayang?” soal Emily. Senyuman manis masih tak lekang dari bibirnya. Bangga apabila dapat mendampingi seorang lelaki yang bukan sahaja kacak tetapi juga kaya.
Tengku Qhays tidak mengendahkan soalan Emily. Dia sendiri meluat dengan perangai Emily namun didiamkan sahaja. Malas mahu bertengang leher. Tumpuannya lebih kearah jalan raya yang legang.
“You dengar tak I tanya nie sayang?”
“Boleh tak you duduk diam Emily. I nak bawak kereta pun tak senang dengan perangai you nie. And stop menggesel dekat I?” ujar Qhays melepaskan kemarahannya.
Menyesal pula dia mengajak Emily menyertainya malam ini. Dia pasti sahabatnya juga tidak senang dengan kehadiran Emily.
“Kenapa you nak marah-marah nie? I tak sukalah macam nie.”
Emily merajuk. Geram apabila dirinya diperlakukan begitu oleh Tengku Qhays. Belum pernah dia diperlakukan sebegitu rupa oleh bekas teman lelakinya sebelum ini. Dikerlingnya wajah Tengku Qhays yang begitu khusyuk memandu.
“You dengar tak apa yang I cakap nie?” Bentak Emily. Hatinya semakin membengkak melihat Tengku Qhays yang tidak berusaha mahu memujuknya.
“I dengar.”
“Dengar? You buat I macam patung. I’m talking with you honey.”
“Habis tu you nak I buat macam mana? I tengah memandu nie Emily. Takkan you nak I pandang muka you setiap kali you bercerita? I tak nak sebab nak jaga hati you kita berdua terbabas pula kat sini.” Ujar Tengku Qhays melepaskan perasaan marahnya pada Emily.
“Bukan macam tu maksud I.”
“Habis tu apa maksud you?”
“At least bagi lar respond bila I bercakap dengan you. That’s all.” Tengku Qhays mengeluh.
“Hmm… I’m sorry Emily. Actually I tak de mood hari nie. That’s why I can’t control myseft. I hope you understand.” Ujar Tengku Qhays cuba berlembut. Malas mahu bertelagah. Dikerlingnya wajah Emily yang tiba-tiba berubah. Marah lagikah dia?
“Kenapa you ajak I keluar kalau you tak de mood? You sengaja buat I macam nie kan?” 
Emily tidak dapat menahan rasa marahnya. Terasa dirinya dipermainkan oleh teman lelakinya, Tengku Qhays. Tambahan pula hatinya masih membengkak kerana dipermainkan oleh musuh ketatnya petang tadi. Perasaan sakit hati kerana diperlekehkan dilepaskan kepada Tengku Qhays.
“I pun bukan nak sangat ajak you keluar.” Ujar Tengku Qhays perlahan.
Mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Tengku Qhays membuatkan kemarahan Emily semakin membahang. Mulutnya tidak berhenti membebel memarahi Tengku Qhays. Kakinya juga dihentak-hentak didalam kereta itu. Tengku Qhays menjeling.
“I hate you.” Bentak Emily kuat.
“Stop it Emily.”
Qhays mengetap bibir. Geram apabila arahannya tidak diendahkan oleh Emily. Dia semakin hilang sabar dengan perangai gadis itu ditambah pula dengan rasa berdenyut pada bibirnya.
“I said stop it.” Sergah Tengku Qhays. Kesabarannya sudah kemuncak.
Tengku Qhays mengerling kearah Emily yang masih memberontak di dalam kereta. Entah apa yang merasuk perempuan itu pun dia tidak tahu.
Tiba-tiba Tengku Qhays memberhentikan keretanya ditepi jalan. Terkejut Emily dengan tindakan Tengku Qhys yang mendadak itu.
“Turun!!!”
“Apa yang you buat nie Qhays? Jangan jadi gila lah.” Tengku Qhays tersenyum mengejek.
“Gila? You nak lihat ke macam mana kalau I dah jadi gila?” Emily menggigit bibir. Tak pernah-pernah Qhays bertindak begini kepadanya. Rasa gerun dengan perangai Qhays yang tiba-tiba berubah.
“I nak you turun dari kereta I.” Emily tersentak. Hampir menangis saat dia mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Tengku Qhays.
“You jangan nak bergurau.” Emily memandang sekeliling. Penuh dengan hutan dan semak-samun. Seram juga apabila difikirkan.
Tercegang Emily tatkala matanya menangkap senyuman sinis Tengku Qhays. Dadanya semakin berdebar. Tahu benar dia akan perangai Tengku Qhays. Tidak akan menarik balik apa yang dikatakannya. Menyesal pula melawan kata-kata Tengku Qhays tadi.
“Sorry Emily.”
“What do you mean?”
“I dah tak ada hati nak bawa you malam nie. Better you turun sebelum I tarik you turun dari kereta I.”
“Please Qhays. I…..I”
“I said turun.” Teriak Tengku Qhays.
Air mata Emily berguguran jua sambil kakinya melangkah keluar dari kereta Tengku Qhays. Dia benar-benar tidak menyangka dirinya diperlakukan sebegitu oleh Tengku Qhays, teman lelakinya sendiri.
“Sampai hati you…” Belum sempat Emily menghabiskan kata-katanya, Tengku Qhays sudah pun memecut laju kereta Volkswagen EOS FL (facelift) birunya. Meninggalkan Emily sendirian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...