Sinopsis My Miss Tomboy

Lyfea Irdina, gadis yang dilahirkan cukup sempurna. Hidup disamping keluarga yang bahagia membuatkan dia tidak pernah kenal erti kekecewaan. Namun, panas yang diharapkan hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari. Hanya kerana peristiwa yang menyakitkan dia sanggup berubah. Berubah dari seorang gadis yang lemah lembut kepada si gadis tomboy yang kasar.

"Along rela berkorban sampai macam tu sekali?"

"Along takkan biarkan Lyfea kecewa sekali lagi. Dan Along juga tak akan maafkan diri Along sebab membiarkan Lyfea kecewa."

***********************************************************************************

"Perempuan macam tu korang cakap cantik? korang nie okey ke tak nie? entah-entah budak tomboy tu dah guna-gunakan korang"

 Tengku Qhays Ishaque tidak pernah menyangka yang perempuan yang selalu diganggunya itu pernah kecewa. Bahkan dia sendiri pernah menjatuhkan maruah gadis itu hanya kerana dia selalu kalah. Kalah dek tumbukan dan tamparan yang selalu dihadiahkan oleh gadis tomboy itu. Kerana sakit hati, dia mengistiharkan " You will be my enemy, Miss Tomboy."

Saat dikhabarkan tentang penyebab yang menjadi punca musuhnya itu berubah, dia tekad. Takkan pernah menyakiti gadis itu walaupun dia sentiasa gagal. Setiap kali bertemu ada sahaja yang tidak kena. Mulutnya tidak pernah diam dari menyindir. Otaknya tidak pernah tepu untuk mengenakan si gadis. Lalu bagaimana mahu menamatkan PERMUSUHAN ini?


**********************************************************************************


"Saya cintakan awak."

"What!!!!"

"I Love you!!!!!" teriakan Lyfea menarik perhatian ramai.

"Sorry...jangan nak buat muka terkejut. Actually, Miss Diva yang cabar saya supaya pikat awak. and this will be my first step to make you fall in love with me."


Apa yang sebenarnya berlaku pada Lyfea sehinggakan Qhays, Playboy Kolej sanggup menamatkan Perang Dunia kedua antara mereka? Kenapa pula Along sanggup berkorban untuk melihat si adik bahagia? Apa yang dikorbankan si Abang? Jatuh cintakah Qhays pada lyfea sedangkan dia sendiri tahu itu hanyalah CABARAN dari Miss Diva?

3 comments:

  1. wahh...x sbr nak tau knapa lyfea brubah jdik tomboy..nnt klu dah siap ep 5, jgn lupe post ye
    >.<

    ReplyDelete
  2. Nice story...tak sbr nk tahu apa yg akn brlaku kat dorang....sorang ego, sorang duk igt ksh silam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...