I'll Be Back 1


YUEZA INSYIRA tersenyum memandang telatah seorang budak lelaki yang berlari-lari anak sambil ketawa riang. Mungkin dalam lingkungan 5 tahun. Comel sangat. Taman permainan yang sering menjadi tumpuan ramai itu kelihatan lengang kali ini. Mungkin kerana hari ini hari bekerja.
‘Ah.. alangkah baiknya jika dia mempunyai anak saudara yang comel begitu. Mesti dah diuli-uli macam tepung…hahahah. jahat betul la kalau ada mak saudara macam nie. Patut lar abangnya, Qazra Ilham masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata, mungkin bukan dalam masa terdekat ini. Bukan apa Cuma takut anaknya menjadi mangsa dera mak saudara yang kejam ini.
Sedang asyik mengelamun tiba-tiba telinganya menangkap suara tangisan. Matanya liar mencari gerangan si suara. Siapa ek?? Matanya menangkap kelibat budak lelaki tadi yang sedang duduk memaut lututnya sambil menangis teresak-esak. Mungkin terluka. Perlahan kakinya melangkah mendekati budak itu.
“Kenapa nie sayang?” soal Qyueza lembut? Budak lelaki yang masih menangis itu memandang Qyueza sambil mengesat air matanya.
“Sakit ye?” soal Qyueza lagi apabila tiada tanda2 bahawa sikecil itu mahu menjawab soalannya.
“Akit  kat cini.” Jawab sikecil pelat. Tersenyum Qyueza melihat reaksi si kecil itu.
Matanya memandang tempat luka itu. jelas kelihatan garis2 halus yang berwarna merah.
“Alahai keciannya,” ujar Qyueza sambil meniup tempat luka itu. Cuba mengurangkan rasa pedih dilutut si kecil barangkali.
“Akit angat.” Sambil menangis sikecil itu mengadu kesakitan.
“Nama apa?” soal Qyueza lg. Cuba menarik perhatian ketika dia sedang menampal plaster yang sememangnya tersedia dalam beg sandangnya.
“Amier ”  oo.. orang Melayu rupanya. Manalah mak bapak budak nie. Sanggup ditinggalkan kat sini sorang-sorang?
“Erm sedap nama tu. Hah. Tengok akak dah tampal plaster dah kat situ.” Amier tersenyum cuma.
“Amier kan anak lelaki. Malu tau kalau org tengok Amier nangis. Kalau nak jadi gagah tak boleh nangis. Amier suka tak tengok power rangers?” soal Qyueza cuba memujuk. Amier Cuma mengangguk.
“Power ranger’s tak nangis tau. Kalu Amier nak jadi power ranger’s tak boleh lar nangis.” Si kecil Cuma tersenyum. Mungkin dah membayangkan sedang bertarung dengan makluk jahat..hahaha..
“Ha macam tu lah..erm sebab Amier dah tak nangis nanti akak bagi hadiah. Amier suka Aiskrim tak?”
“uka-uka…Amier uka aiskrim okelat edap angat” tersenyum Qyueza melihat telatah Amier yang bagaikan sudah melupahan kesakitannya.
“Amier tunggu kat sini ek? Nanti akak pegi beli.”
Qyueza bangun meninggalkan Amier menuju ke kedai Aiskrim yang berdekatan Taman itu.wah… ramai betul budak2 yang nak beli aiskrim. Lama betul dia terpaksa menunggu. Baru sahaja sampai gilirannya seorang budak perempuan memotong dihadapannya
“Acik nak aiskrim okelat catu” ujar budak perempuan itu. Bulat matanya memandang. ‘Hisy..budak nie main potong queue orang plak.’ Getus hatinya tak berpuas hati tetapi masih mempamerkan riak tersenyum. Takkan lah dengan budak pun nak bergaduh. Jatuhlah saham aku.
“Pak cik. Bagi saya aiskrim cokelat 2 ye?”ujar Qyueza apabila tiba giliranya. Matanya tiba2 terpandang belon berbentuk Power Pangers yang tergantung dalam kedai itu.
“Erm bagi saya belon nie 1 ye?” tambahnya. Mesti Amier suka dengan belon nie. Hahhah budak2.
******************************************************************************
Matanya meliar mencari wajah Amier. Dengan tangan kanannya memegang aiskrim dan tangan kiri memegang belon betul-betul membuatnya tak selesa. Sudah puas mencari namun kelibat si kecil masih belum ditemui.
Setelah kepenatan akhirnya dia mengambil tempat di bangku yang disediakan ditaman itu. sambil menjilat aiskrim yang berada di tangan kanannya dia memandang aiskrim dan belon yang berada di tangan kirinya. Ah. kalau tak jumpa juga budak Amier nie  nampaknya jadi habuan tong sampahlah kau jawabnya. Dia manalah larat mahu makan kedua-dua aiskrim ini. Boleh kembung perutnya yang ramping bak kerengga nie…
“Boleh saya duduk?” soal satu suara. Qyueza yang asyik menikmati aiskrim terkejut melihat seorang lelaki sedang memandangnya. Dia mengangguk. Sempat dia mengawal agar tidak kelihatan gelabah.Tanpa menghiraukan lelaki itu Qyueza terus menikmati aiskrimnya.
“Erm... awak?” tegur suara itu lagi. Qyueza memandangnya dengan wajah blur? Diperhatikan gerak jari lelaki itu yang menunjuk kearah bibirnya.
Qyueza semakin gelabah. Apahal plak mamat nie main tunjuk-tunjuk bibir nie? Pelbagai andaian buruk bermain difikirannya. Sengaja dikerutkan dahinya sambil merenung tepat kearah lelaki itu. Tanda protes.
Bibirnya diketap geram. Walaupun hatinya berdetak kencang dia sudah bersedia sekiranya lelaki itu cuba untuk mengapa-apakan dirinya. Akalnya sudah merencana setiap langkah yang pernah dipelajari dalam taekwando.
“Your ice cream”
“What???” erm… lelaki nie ada sebut sesuatu rasanya.
“Your ice cream” ujar lelaki itu perlahan. Qyueza tersenyum malu. Alamak salah faham lar plak. Kelam-kabut dia cuba menyapu sisa aiskrim yang berada dibibirnya. Keadaan tangan yang penuh dengan barang membuatnya sukar sekali.
Matanya sempat melirik kearah lelaki itu yang kelihatan seperti mencari sesuatu didalam poket seluarnya. Namun tidak diketemui. Keluhan lelaki itu berjaya membuatnya memandang lelaki itu lagi. Dia terkedu apabila pandangannya menyapa senyum sinis lelaki itu yang turut memandangnya.
“Macam budak-budak” ujar lelaki itu sambil ibu jarinya mengesat bibir Qyueza. Mungkin masih ada sisa aiskrim disitu. But he can’t do that. Ingin dimarahi tetapi bibirnya sukar digerakkan. Badannya juga terasa kaku. Hanya matanya yang berkelip-kelip memandang tindakan berani lelaki yang TIDAK dikenali itu.
Baru sahaja mindanya kembali waras lelaki itu bangun meninggalkanya sendirian. Tanpa kata lelaki itu beredar manakala Qyueza masih kaku memandang lelaki itu. Baru sahaja dia mahu melayan perasaan marahnya terhadap lelaki itu telinganya disapa suara yang dicari-cari. Amier datang bersama seorang perempuan. Mungkin ibunya.
“Ama..nie lar akak yang olong amier adi..” ujar Amier. Memperkenalkan Qyueza kepada si ibu.
“Terima kasih lah ye dik sebab tolong anak akak tadi. Budak nie memang galak sikit.” Ucap perempuan itu.
“Hisy tak apalah kak. Benda kecil je tu. Lagipun anak akak nie comel betul. Geram saya tengok.” Qyueza tersenyum.tangannya mencubit lembut pipi Amier. “oh ye. Nie aiskrim yang akak janjikan. Dan nie hadiah sebab Amier tak nangis tadi.” Ujar Qyueza sambil memberi aiskrim dan belon kepada Amier.
“Hisy susah-susahkan aje. Oh ye dah lama berbual tapi nama pun tak tahu lagi. Nama akak Raihanna. Adik nie?”
“Qyueza Insyira. Panggil Qyueza je.”
“Cantik nama tu.”
“Terima kasih. Erm..akak nie orang mana?”
“Akak orang Malaysia. Ikut husband sebab dia dapat kerja kat sini.”
“Oo…kerja kat mana?”
“DY entertainment. Syarikat yang perkenalkan artis baru tu.” Qyueza melopong. Macam kenal jer nama syarikat tu.
“ Eh akak datang berdua ke?”
“Taklah. Bertiga dengan husband akak. erm tadi ada tapi sekarang dah tak tahu pergi mana”
“owh.”

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...