My Miss Tomboy 3

EPISOD 3
Tengku Qhays menggenggam penumbuk. Geram dengan suara ketawa Ameer dan Andrew yang mengenakannya. Hatinya benar-benar terbakar. Apatah lagi berita tentang peristiwa yang berlaku semalam tersebar di seluruh warga kolej. Ego lelakinya tercabar.
“Kau berdua nie tak reti nak diam ke? Asyik ketawa dari tadi.”
“Luculah Qhays. Lawak betul. Buat malu kaum jer kau nie.” Usik Andrew. Tawanya masih bersisa belum nerhenti. Sesekali dia menyeka air mata yang keluar. Lucu benar apabila melihat bibir Qhays yang masih lebam.
“Tu lah kau. Kan aku dah cakap jangan nak main-mainkan perempuan tu. Dia tu lain dari yang lain. Kan dah kena sebijik. Amacam rasa?” usik Ameer. Dia menggeleng. Wajah cemberon Qhays melucukannya.
“Kau nak rasa ke?” ujar Qhays sambil berdiri dihadapan Ameer. Boleh je dia nak bagi sebijik kalau Ameer mahu merasa penangan darinya.
Ameer menggeleng. Wow… tak teringin dia merasa penumbuk Qhays. Dah lar tangan mamat nie sasa. Kena sebijik mahu 3 hari pengsan.
“Tau takut. Kau ingat aku nak duduk diam je bila dia sedap-sedap mengata aku? Salah aku nampak tapi salah sendiri?”
“Kau yakin ke minah tu mengata kau? Entah-entah orang lain. Kau tu je yang perasan lebih.” Soal Andrew.
“Kalau bukan aku sapa lagi? Cuba kau bagitau aku? Kan dia mengata lepas aku kenakan dia pasal tempat duduk kat cafĂ© tu.” Qhays mengomel. Kalau bukan dia sapa lagi yang minah tu mengata? Kan dia yang buat masalah sebelum tu.
“Tau pun kau yang kau mulakan dulu.” Usik Ameer. Cuba menambah minyak dalam api yang sedang galak membakar. Qhays mengetap bibir. Terlepas cakap.
“Dah lar korang nie. Salah aku nampak lah. Kalau salah budak tomboy tu? Tu pun nasib baik aku tak balas apa yang dia dah buat kat aku.”
“Betul ke nie? Aku tengok macam terkejut habis bila budak tu tumbuk kau. Sampaikan kita orang panggil pun kau tak perasan. Macam patung Liberty dah aku tengok.” Sogok Andrew.
Ameer tersenyum lucu. Dia sendiri terkejut dengan aksi spontan perempuan itu. Qhays apatah lagi? Sampaikan darah yang meleleh dari bibirnya tidak disapu. Terkesima mungkin.
“Kalau aku jumpa lagi budak tomboy tu lagi tahulah apa aku nak buat apa kat dia.” Tekad Qhays.
“Kau nak buat apa kat dia? Pukul? Atau…..” Ameer tersenyum. sengaja dia tidak menghabiskan kata-katanya. Qhays menengerutkan dahi.
“Atau kau nak pikat dia?’ sampuk Andrew.
Qhays mengetap bibir. Geram bila rakan-rakannya sendiri memperkecilkan niatnya.
“Apa kelas aku nak pikat budak tak normal tu. She’s not my type lar.” Ujar Qhays megah. Mana mungkin dia mahu memikat perempuan yang bukan perempuan tu. Apatah lagi perempuan yang pernah meletakkan penumbuk dibibirnya itu. Perasaanya kepada perempuan itu lebih kepada dendam.
“kau jangan Qhays. Apa yang kau cakap nanti jadi sebaliknya plak. You fall in love with her. Angau lah kau.”
Ameer terangguk mendengar kata-kata Andrew. Baginya Qhays terlalu sombong dan ego. Terlalu pantas mengadili orang lain tanpa mengenali mereka.
Pada pandangannya, perempuan itu tetap cantik. Kecantikan semulajadi yang tidak bergantung pada cantik alat solek. Bukan seperti Emely. Mekapnya, fulamak. Tebal bukan main lagi. Rasanya kalau dicuci mahu 2 hari pun belum tentu bersih.
“Yang kau nie kenapa Meer ? Tiba-tiba termenung plak nie?” soal Andrew.
“erm tak de lar. Aku rasa perempuan yang kau cakap tak normal tu mempunyai kecantikan yang tersembunyi. Cuba kau tenung dia lama-lama. sure you will fall in love with her.”
“Owh Tolong sikit. I fall In love with that woman? Bagi free pun aku tak ingin.” Sanggah Qhays. Gila. Aku jatuh cinta dengan perempuan yang bukan perempuan tu? No way. Dalam mimpi pun benda nie takkan berlaku inikan pula reality. Sorry banyak-banyak.
“Pada aku she’s beautiful.” Ujar Ameer
“Yes. I agree. Kau nampak matanya? Fulamak.” Sokong Andrew. Beria-ia benar bercerita tentang perempuan itu. Qhays mencebik. Malas menyampuk.
Sejak semalam lagi dia pelik dengan mamat cina nie. Becok je mulutnya kalau bercerita tentang perempuan tomboy tu. Dah bukan dirinya yang sebenar.
Qhays mengerutkan dahinya. Apasal plak keluar bab mata nie? Pelik betul lah budak dua ekor nie. Dia sendiri yang mengadap perempuan tu pun tak perasan. Cepat betul mereka menganalisis perempuan tu.
“Woi kawan? Apahal pulak keluar bab mata nie? Perempuan tu juling ek?” sakat Qhays.
“Hisy…mulut. Entah apalah salah budak tu sampaikan kau mengata dia macam tu?” Ameer menggeleng. Teruk betul perangai sahabatnya ini.
“tak salah kau cakap? Nie? Bibir aku jadi cam nie sape yang buat kalau bukan dia?”
“yang lepas tu lepas lah. Tu lah kau. Tak perhatikan betul-betul. For your information, she has beautiful eyes. Unique” tambah Andrew.
“Aku tanya jer. Yang korang nie nak marah apasal?” Ameer menggeleng. Payah bercakap dengan orang ego.
“Tak payah lar cakap sal budak tu. Nanti kita plak yang bergaduh.” Ujar Ammer
“Aku setuju 100%. Tak de faedah langsung.” Sokong Qhays.
“Kita nak kemana malam nie? Aku dengar Emily selalu ikut kau. Korang berdua nie ada apa-apa ke?”
“Kau kan tahu aku macam mana. Dia tu salah satu koleksi aku jer.”
“Koleksi? Koleksi paling lama bertahan disamping kau.” Andrew menyampuk.
Qhays menggaru kepala yang tidak gatal. Betul jugak. Antara semua perempuan yang mendampingi dirinya, hanya Emily yang bertahan lama. Perempuan itu tak pernah kisah akan perangainya yang persis Don Juan. Tetap setia disisinya.
“Tapi aku tengok dia tu lain macam jer. Ligat.”Ujar Ameer.
Kalau dilihat pada luaran, Emily tidak berbeza dari perempuan yang lain. Sudah terbiasa dengan kehidupan moden. Dia sendiri selalu bertukar pasangan. Memang sepadanlah dengan Qhays. Pasangan yang tak percayakan cinta.
“Lantak dialah. Yang penting dia tak control hidup aku dan aku tak akan control hidup dia.”
“Memanglah dia tak control hidup kau. Tapi kau jangan lupa perangai perempuan tu macam mana. Dia tak kan lepaskan kau ke tangan perempuan lain. Bagi dia kau tu hak milik kekal abadi dia.” Ingat Andrew. Sempat lagi melawak.
“Alah. Kau jangan bimbang. Sampai masa perempuan tu pun akan dapat “bye” dari aku.” ujar Qhays.
“Senang jer kau cakap ek? Boleh ke kau ‘say good bye’ kat perempuan tu? Nampak gaya macam payah jer kau nak singkirkan dia.”
“Ini Qhays lar. Tak ada sesiapa yang boleh paksa aku terima benda yang aku tak suka. Termasuklah Emily.”
“Aku Cuma nak ingatkan jer. Emily tu berbeza dari perempuan kau yang lain.”
“betullah Meer. Kau perasan tak?”
“Apa yang aku perasan?” potong Ammer. Andrew mengetap bibir. Kalut tak sudah.
“Hisy budak nie. Tak sabar-sabar. Kau perasan ke tak, sejak Qhays dengan Emily bersama tak ada sorang perempuan pun yang cuba rapat dengan kita. Lebih-lebih lagi Qhays.”
“Hisy. Aku rasa ada je perempuan yang dekat dengan kita.” Sanggah Qhays.
“memanglah ada, tapi…..lepas terserempak dengan Emily terus diaorang pergi. Kau ingat tak Stacy? Lepas kita dan Stacy terserempak dengan Emily and the gang terus budak Stacy tu blah. Lagipun sekarang nie aku tengok perempuan yang dekat dengan kau just Emily.”
“Maksud kau? Si Emily tu dah warning perempuan kolej nie supaya jangan dekat dengan aku?”
“who’s know. Lagipun budak kat sini tahu korang berdua nie pasangan kekasih. You belong to her.” Tambah Ameer.
“kekasih?” soal Qhays tersenyum.
“yup. Dah heboh kat kolej nie yang korang berdua nie pasangan kekasih. Mungkin sebab tu lah tak ada perempuan yang nak pikat kau.”
Qhays bangun sambil tersenyum. Malas memikirkan tentang Emily. ‘Ikut suka dialah nak mengaku aku nie pakwe dia ke, boyfriend dia ke. Eh, bukan sama ke pakwe dengan boyfriend? Ah! Lantaklah. Yang penting aku tahu apa yang aku mahu dan aku suka.” Tungkas Qhays.
“Jomlah pergi. Aku dah lapar nie.”

1 comment:

  1. please... sy nk bce episode 7.. jln cerita mnearik sgt ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...