My Miss Tomboy 4



EPISOD 4


EMILY tersenyum manja mendengar siulan nakal dari pelajar lelaki terhadapnya. Walaupun selalu melalui situasi begini tidak membuatnya jemu dan menyampah. Terasa popular bila berjaya menjadi perhatian lelaki dan berjaya membuatkan pelajar perempuan cemburu.
“Wah!!! Handsome betul mamat nie. Bertuah you Emily.” Puji Fiona. Ada nada cemburu kerana Emilly sering menjadi perhatian lelaki-lelaki kacak.
“I tau. Tapi bagi I lelaki tu taklah handsome sangat.” Emily ketawa kecil. Sempat lagi dia bermain mata dengan pemuda itu.
“Tak handsome you cakap? I think he so handsome.” Ujar Fiona.
“Bagi I Qhays yang paling handsome di kolej nie.” Fiona mencebik. Pada mata Emily hanya Tengku Qhays sahaja yang paling handsome di kolej ini. Lelaki lain hanya dianggap biasa. Hanya didekati ketika lapang.
Fiona akui sememangnya Tengku Qhays merupakan lelaki idaman semua pelajar perempuan di kolej. Sudahlah kacak, menjadi pelajar feverat pensyarah disini pula. Dan yang paling penting, Tengku Qhays merupakan anak tunggal kepada usahawan terkenal di Asia. Cukup package.
“I tengok you nie selalu puji teman lelaki you yang kacak tu. You tak takut ke? I dengar dia tu playboy. Bila-bila masa je you tu kena tinggalkan dia. Menangislah you.” Emily memandang Fiona tajam. Pantang betul apabila ada orang mengatakan yang dia akan ditinggalkan oleh Qhays.
“You jangan nak buat spekulasi pula. Hanya I yang layak bersama dengan Tengku Qhays. You ingat Qhays sanggup tinggalkan I? Please lar.” Jawab Emily bongkak.
Hanya dia sahaja yang layak buat Tengku Qhays. Sama cantik dan sama kaya. Lagipun dia tidak pernah ditinggalkan oleh sesiapa. Hanya dia yang berhak meninggalkan lelaki yang dia rasakan sudah jemu.
Walaupun dia selalu bertukar lelaki tetapi hanya Qhays yang bertahta dihatinya. Saat ini.
“I bukan sengaja nak buat spekulasi. You kan tahu, sekarang nie heboh tentang minah tomboy tu tumbuk teman lelaki you. I tak terkejut kalau tiba-tiba minah tu cuba goda teman lelaki you. Lagipun semua orang tahu yang minah tomboy tu bermusuhan dengan you. Tak pelik sangat lah kalau dia cuba nak balas dendam kat you.” Ujar Fiona lagi. Sengaja mengapi-apikan Emily.
Heboh sekarang tentang peristiwa yang berlaku semalam di café. Peristiwa di mana Romeo kolej di tumbuk oleh seorang perempuan. Yang lebih menghangatkan Emily apabila perempuan yang dikatakan menumbuk teman lelakinya itu adallah Lyfea, musuh ketatnya.
“Nonsense!!” bentak Emily. Fiona terkulat-kulat mendengar suara Emily yang agak kuat itu.
“I just nak bagi warning kat you je. Perempuan macam budak tomboy tu tak boleh dibiarkan sangat. Mula-mula bergaduh lepas tu mulalah cucuk jarum. Nak goda pakwe handsome you tu.”
“You jangan nak buat I bertambah sakit hati. Perempuan macam tu jadi pilihan Tengku Qhays? Malam sikit. You ingat Qhays terpikat dengan perempuan yang pakai baju besar dan seluar jeans lusuh tu? Dengan rambut  pendek lagi. Bukan taste Qhays lar.” Ujar Emily. Cuba menyakinkan dirinya sendiri sebenarnya.
Tak mungkin Tengku Qhays akan menyukai perempuan yang tak seperti perempuan itu. Sudahlah berpakaian seperti lelaki, bercakap pun ikut kepala dia sahaja.
“Who’s known?” Emily mencebik geram. Dia akan memastikan perkara itu tidak akan berlaku. Tidak sama sekali.
***************************************************************************************

KELAS yang selalunya sunyi, riuh rendah kerana kelewatan pensyarah statistiknya, Pn Hayati datang ke kelas pagi itu. Kesempatan yang jarang-jarang berlaku itu diambil oleh para pelajar dengan berbual kosong. Namun ada segelintir pelajar yang masih menggunakan peluang itu untuk menelaah pelajaran yang akan  diajar pagi itu.
“Kau nie kenapa? Monyok jer. Period eh?” soal Andreanna. Pelik dengan perangai Lyfea pagi itu. Selalunya mulut itulah yang becok bercerita.
Lyfea mengetap bibir. Geram. Dilukunya perlahan kepala Andreanna. Bella dan Helensha yang menjadi penonton hanya ketawa. Nasib bukan mereka yang menjadi mangsa.
“Sakit lar.” Andreanna mengusap kepalanya. Sakit hingga ke kepala lutut.
“Tahu pun sakit. Yang kau tanya kuat-kuat tu apasal? Kau nak announce kat seluruh kolej nie ke?” Marah Lyfea. Malu betul apabila ditanya tentang hal wanita dikhalayak ramai. Sudah lah suara Andreanna tak pernah kenal volume perlahan. Suka sangat main nada tinggi. Sengaja mahu kalahkan vokal Ziana Zain gamaknya.
“Sorry lar yang. Tak perasan pulak kita kat dalam kelas. Ingatkan di rumah tadi.” Lyfea menggeleng. Alasan. Di rumah ke di dalam kelas ke sama jer suara minah nie. Tak pernah nak cakap perlahan. Kalau berbisik pun mahu sebatu boleh dengar suaranya.
“Bukan apa. Aku tak ada mood lar.”
“Tak ada mood? Kenapa?” soal Bella. Semua mata memandang Lyfea yang sedang mengeluh.
“Sebab hal semalam ke?” teka Helensha.
Lyfea mengangguk. Serba tak kena jadinya apabila teringatkan kejadian petang semalam. Lebih-lebih lagi apabila heboh diperkatakan tentang kejadian dia menumbuk mamat terencat itu.
“Jangan risaulah Lyfea. Lagipun kejadian tu bukan kau yang mulakan. Mamat tu.” Ujar Andreanna. Diusapnya perlahan bahu si sahabat yang dalam kegusaran.
“Memanglah bukan aku yang mulakan. Tapi aku takutlah. Macam mana kalau mamat terencat tu nak balas dendam?” Ujar Lyfea. Dipandangnya wajah perihatin sahabat-sahabatnya. Hanya merekalah sahabat yang paling memahami dirinya. Walau semua warga kolej memandang dirinya sebagai perempuan yang pelik tetapi tidak mereka bertiga.
“Mamat terencat?” Soal Bella. Entah siapa pula yang diceritakan oleh Lyfea ini. Tak pernah lagi dia terserempak dengan mana-mana pelajar yang terencat di kolej ini.
“Yelah. Mamat semalam tu.” Jawab Lyfea.
“Cepat kau bagi gelaran kat mamat tu.” Sakat Andreanna. Ketawa besar mereka melihat wajah Lyfea yang terkulat-kulat apabila disakat begitu.
“Kau takut dengan mamat tu ke?” soal Helensha. Kesian melihat wajah si sahabat yang tak senang duduk itu.
 Lyfea hanya memandang wajah-wajah sahabatnya yang membutuhkan jawapan darinya. Takut? Betul ke dia takut akan lelaki itu?
“Biar betul. Aku rasa tak pernah-pernah kau takut dengan lelaki. Ini kan pula mamat dari planet mana entah.” Ujar Andreanna.
“Aku bukan takut kat mamat tu. Aku cuma bimbang kalau mamat tu buat masalah jer. kalau benda macam nie sampai ke bahagian pengurusan kolej. Tak ke naye jer”
“Betul jugak. Emily si singa betina tu pun kau tak takut inikan pula mamat cekeding tu. Tak logik betul.” Ujar Andreanna. Suaranya yang kuat menarik perhatian Emily yang kebetulan berada di kelasnya.
Lyfea menggeleng. Nasiblah mendapat sahabat yang suka membuat pengumuman seperti Andreanna.
“Hey!!! perempuan. Aku nak cakap sikit dengan kau.” Lyfea tersentak. Bala apa pula nie. Entah bila pula Emily and the gang datang kearah mereka pun dia tak tahu. Tup-tup dah muncul kat depan mata.
Yang lebih pelik sejak bila pula minah nie and the geng jadi pelajar kelas nie? setahunya Emily adalah pelajar tahun akhir, macam mamat 3 suku yang perasan bagus tu.
“Hey!!! Kau dengar tak nie?”
“Dengar. Kau nak apa ceroboh kelas orang lain nie? Tak ada kelas ke?”
“Kau jangan nak tunjuk baik pulak. Lantak akulah nak masuk kelas ke apa ke. Kau peduli apa?” Lyfea mencebik. Sawan ke perempuan nie? masuk kelas orang nak sound orang pulak.
 “Aku nak cakap dengan kau lah. Jangan nak buat pekak badak pulak.” Hendik Emily. Geram apabila melihat Lyfea yang buat-buat tidak perasan akan kehadirannya. Rakan-rakannya yang lain mencebik.
“Sorry? Aku tak tahu pula yang badak tu pekak. Rumah kau sebelah dengan zoo ke?” sinis Lyfea menyoal. Minah nie pun satu. Ingat semua orang perlu bagi perhatian ke kat dia? Perasan diva betul lah.
“Kau jangan nak buat lawak bodoh pula kat sini." 
"Siapa pulak yang buat lawak bodoh nie? aku ke kau?"
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku lah perempuan." Marah Emily. Sakit hati betul apabila dirinya pula seperti diperbodohkan oleh Lyfea.
Lebih menyakitkan hatinya apabila Lyfea dan sahabatnya mahu beredar dari situ. Tidak mengendahkan kehadirannya.
"Hoi.. perempuan..." sergah Emily sambil memaut kejap lengan Lyfea. Dia memandang Lyfea dengan pandangan meluat.
"Kau jangan nak buat kecoh pula kat sini Emily. Kau ingat aku takut dengan kau? Kau memang silap besar." ujar Lyfea sambil menarik tangannya.
"Aku nak cakap satu perkara je."
"Penting sangat ke hal yang kau nak cakap sampaikan kau sanggup datang mengadap aku pagi buta nie?" 
"Ye. memang penting. Aku cuma nak bagi amaran kat kau. Jangan cuba nak goda Tengku Qhays. Dia tu pakwe aku." Lyfea memandang Emily dengan pandangan pelik. Lagaknya seperti baru ternampak UFO.
"Apa? Amaran?"
"Ye. Amaran. Sedar lah diri tu sikit yang kau tu bukan taste dia. By the way kau bukan tandingan aku pun.”Emily tersenyum puas.
Lyfea ketawa. Rasa geli perut pulak tiba-tiba. Andreanna dan Helensha sudah ketawa mengilai. Nasib baik tak tergolek kat lantai kelas je. Lawak betul minah sekor nie.
“Selain berjiran dengan Zoo, aku tak sangka kau nie pun ada bakat semulajadi. Orang putih cakap, apa ek? Err….nature talent gitu. Kenapa kau tak masuk Maharaja Lawak jer? Sure jadi juara.” ujar Lyfea sambil menahan tawa.
 “Yang kau ketawa macam orang gila ni kenapa? Aku bagi amaran. Jangan sesekali kau cuba dekat dengan pakwe aku.” ujar Emily lagi. Kaget. Gilakah perempuan nie? tak pernah dia melihat orang yang diberi amaran ketawa gembira begini. Namun yang pasti dia tak akan mengalah pada Lyfea. Tak akan pernah.
 “Look. Cik Emily, aku rasa aku tak pernah nak goda sape-sape kat sini. Not your pakwe or anybody else. Tak berbaloi.” Lyfea tersenyum sinis. Puas hati melihat wajah Emily yang bertukar keruh.
“Kau jangan nak kelentong. Sekali lagi aku tengok kau dekat dengan pakwe aku, siap kau. Aku tak akan biarkan kau hidup senang.” Ugut Emily.
“Kalau aku dekat dengan pakwe kau, kenapa? Kau nak belasah aku?”
Emily menggigit bibir. Belasah Lyfea? Hanya orang bodoh sahaja yang akan buat perkara tu. Bukannya dia tak tahu yang Lyfea adalah wakil taekwando peringkat universiti.
“Kau sendiri cakap yang aku nie bukan taste pakwe kau. Yang kau takut nie kenapa? Tak yakin dengan kata-kata kau sendiri?” 
"Aku nak ingatkan kau sekali lagi. Jangan ingat aku akan lepaskan kau kalau perkara ini benar-benar terjadi."
Emily meninggalkan Lyfea dengan perasaan yang semakin membengkak. Niatnya untuk menyerang Lyfea gagal. Hatinya semakin sakit.
“Gila apa perempuan tu? Bila masa pulak aku nak goda pakwe dia? Kenal pun tidak inikan pula nak goda. Apa kes. "
"Alah. Apa yang nak kecohkan sangat dengan perempuan mental macam tu? Benda yang tak ada pun dia anggap ada." ujar Andreanna geram. Marah betul dia dengan Emily. sudahlah perasan Diva, suka memaksa orang lain mengikut perintahnya pula. 
"Entahlah. Semakin hari, semakin tak betul pula aku tengoh minah tu. " Lyfea memandang Andreanna dan Bella yang terangguk-angguk. Sokonglah tu.
"Lupa makan ubat lah tu." tambah Bella.
"Sape ek nama pakwe dia? Kita kenal ke?” soal Lyfea tiba-tiba. Helensha memandangnya tajam.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?”
“Kau biar betul. Tadikan minah tu dah cakap nama pakwe dia. " Marah Helensha.
"Memanglah dah cakap. Tapi aku tak ingat."
"Kalau tak silap aku ada Tengku kat depan. Tengku…tengku…tengkujuh. No..no..tengku….” ujar Andreanna. Berkerut dahinya cuba mengingati nama pakwe si Diva perasan itu.
“Tengku Qhays.” Sampuk Helensha. Nasiblah mendapat kawan-kawan yang pelupa.
“Hah!!! Tengku Qhays. Kau kenal tak Tengku Qhays?” soal Andreanna apabila Lyfea membuat muka blur.
“Kau kenal tak?” soalan dijawab dengan soalan. Memang fail Bahasa melayu betullah minah nie.
“sebab aku tak kenallah aku tanya kau. Kot lah kau kenal. Entah-entah korang berdua pernah ada skandal belakang kita orang.” Sakat Andreanna.
“Gila skandal. Tak de maknalah. Sape mamat tu? Tak pernah dengar pun nama dia. Qhays? Kais pagi kais petang pernah lah dengar.”
“Aku tak kenal. Kau kenal tak Sha? Kau kan ada kabel besar gedabak gitu.” Sakat Andreanna. Kabel yang dimaksudkan oleh Andreanna adalah teman lelaki Helensha. Senior business study yang dikenali setahun yang lepas.
“Kenal. Kenal sangat.”
“sape? Kawan baik pakwe kau ke?”
“Kawan baik tu tak lah. Tapi Johan kenallah mamat tu.”
Johan. Senior yang paling baik pernah Lyfea kenal. Rupanya baik ada makna. Johan sukakan Helensha. Lyfealah jadi mangsa. Terpaksa jadi posman untuk Johan dan Helensha.
“Alah kau nie. bermisteri nusantara pulak. Bagitahulah sape mamat tu.” Suara Andreanna mematikan lamunan Lyfea.
“Mesti korang terkejut gila kalau tahu siapa mamat a.k.a PUTERA si diva tu.”
“Terkejut gila tak lah kot. Terkejut beruk aku tak pasti.” Helensha menjeling Andreanna yang dari tadi tak sudah-sudah membuat lawak bodoh.
“Sorry sorry. Teruskan.” Andreanna tersenyum.
“Mamat terencat kau.” Lyfea terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang Helensha dan Andreanna. Kecilnya dunia.
“Biar betul. Aku tak percayalah.” Lyfea menggeleng. Cuba menafikan hakikat sebenar.
“Kau percaya ke tak, terserah. Yang pasti nama mamat tu memang Tengku Qhays.” Ujar Helensha. Dia bangun meninggalkan Lyfea yang masih terkejut.
“Hey, tunggulah.” Teriak Andreanna apabila melihat Helensha sudah menghilang dari balik pintu.
“Jom ah blah. Pn Hayati tak masuk kelas kot hari nie.” Bella menarik lengan Lyfea yang masih tegak memantung.
***************************************************************************************

LYFEA berjalan menuruni tangga. Perutnya yang berkeroncong perlu diisi. Kalau dilewat-lewatkan dia juga yang terpaksa menanggung akibatnya kelak. Penyakit gastrik yang dihidapinya begitu dititik beratkan oleh dirinya dan keluarga.
“Dah turun sayang? Jom makan. Mak Limah dah siapkan meja makan.” Ujar Mak Limah. Pembantu rumah keluarganya.
“Mak Limah tak makan sekali?”
Lyfea mengambil tempat disisi angahnya, Syahz Idrusy. Sungguh menyelerakan sekali makanan malam itu. Ada kari kepala ikan kesukaanya. Mahu jugak 2, 3 pinggan bertambah.
“Tak apalah Lyfea. Mak Limah makan selepas nie je. Kamu berdua makanlah dulu.”
“Hisy… Mak Limah nie. Jomlah makan sama. Ramai-ramaikan meriah sikit.” Lyfea mengangguk menyetujui kata-kata angahnya.
“Betul kata angah tu Mak Limah. Lagipun Lyfea dah anggap Mak Limah macam keluarga Lyfea sendiri. Mak Limah yang menjaga kami sejak mama dan papa meninggal.” Luah Lyfea.
Lyfea tersenyum memandang Mak Limah yang mengambil tempat dihadapannya. Benar. Tanpa Mak Limah sukar untuk mereka bertiga hidup di Kota metropolitan ini. Sejak  mama dan papa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 2 tahun yang lalu.
“Hmm… Along tak balik lagi ke Mak Limah? Sibuk sangatlah along sekarang nie. Arwah papa dulu pun tak sibuk macam Along.” Rungut Syahz.
Lyfea tersenyum. Sejak alongnya terpaksa menguruskan syarikat peninggalan arwah papa. Dia sentiasa sibuk. Hanya Alongnya, Syafz Aizran yang menjadi tunggak keluarga mereka saat ini.
“Dah angah tak nak tolong uruskan syarikat tu.” Sakat lyfea.
“Angah bukannya tak nak tolong tapi angah sibuk sangat dengan assignment. Dengan masa kuliah yang semakin padat lagi. Alah, nak mengata angah pulak. Lyfea tak tolong tak apa?”
Angahnya, Syahz idrusy pula merupakan pelajar di university teknologi Mara dalam bidang Pengurusan perniagaan. Berada di tahun akhir membuatkan Angah tiada masa untuk menguruskan Syarikat mereka.
 “Sape kata Lyfea tak tolong along? Lyfea tolong lah.”
“Tolong apa?” Syahz berkerut. Mak Limah hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Adalah tu yang Lyfea mahu kenakan angahnya.
“Tolong tengok.”
Syahz mengetap bibir. Terkena lagi dia dengan perangai Lyfea. Tetapi tak lama. dia ketawa senang melihat perubahan Lyfea yang sudah boleh bergurau. Jauh berbeza dari keadaannya 2 tahun yang lalu.
Syahz menelan liur. Rasa berpasir sahaja tekaknya apabila terpaksa mengingati kejadian 2 tahun yang lalu. Peristiwa yang bukan sahaja telah meragut senyuman adiknya itu tetapi juga perasaan alongnya. Kalau bukan disebabkan oleh lelaki itu, adiknya tidak akan berubah sedemikian rupa. Menjadi pendendam dan turut merubah keperibadiannya, dari seorang gadis yang manja dan pemalu kepada seorang gadis tomboy yang pendendam dan tidak berperasaan.
Syahz mengeluh keras. Kenangan itu benar-benar mengguris perasaannya.
“Kenapa angah mengeluh nie?” Soalan Lyfea membunuh khayalannya.
“Aa…apa yang Lyfea tanya?” Lyfea ketawa melihat angahnya yang terkejut.
“Angah nie. Lain kali kalau tengah makan jangan termenung.”
“Bila masa pula angah termenung nie? Nie hah! Masakan Mak Limah sedap sangat. tu yang angah tak dengar apa yang Lyfea tanya angah tu.”
“Ye lah tu. Angah cakap makanan nie sedap tapi tak luak pun.”
“err… angah, angah sebenarnya dah kenyang.” Ujar Syahz tergagap-gagap.
Lyfea menggeleng. Tak percaya dengan kata-kata angahnya tetapi dia tak mahu bergaduh. Bukannya angah akan mengaku pun.

3 comments:

  1. wah..best ni..ap agknye yg jdik dlu smpai lyfea jdik tomboy..x sbr nk tggu next chpter..

    ReplyDelete
  2. cpt2 smbg.. kalo blh wt la novel

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...