My Miss Tomboy 2

EPISOD 2


Lyfea Irdina merengus keras. Geram dengan kejadian yang berlaku siang tadi. Walaupun dia kelihatan tidak kisah dengan kata-kata yang mencercanya namun dia tetap malu apabila dituduh begitu dihadapan orang ramai.
Bukan niatnya untuk mengubah ciptaan kurniaan tetapi itu adalah salah satu cara untuk melindungi dirinya dari terus dilukai dan dipandang rendah. Mungkin caranya salah tetapi bagi Lyfea ini dapat menutup kelemahan dirinya.
Sedang asyik mengelamun bahunya ditepuk keras dari belakang membuatnya tersentak. Tangannya mengurut-ngurut dada selepas telinganya menangkap suara ketawa. Dia tahu milik siapa suara itu.
“Takkan Angah baru buat macam nie pun dah terkejut.”
Lyfea mencebik. Geram dengan Angahnya, Syahz Idrusy yang suka sangat menyakat.
“Mahunya tak terkejut. Lain kali bagilah salam. Apa kelas main sergah macam nie.” Syahz ketawa. Senang dengan perubahan yang berlaku kepada Lyfea. Sudah mahu bercakap. Jauh sekali dengan keadaannya dua tahun yang lalu. Menjauhi keluarga sendiri.
“Ye lah cik ustazah. Nanti saya akan turuti pesanan ustazah.” Sakat syahz.
“Eiii… Angah nie. Bencilah.” Lyfea membentak manja. Dia menarik muka masam.
“Alah sayang angah nie. Sakat sikit pun dah nak merajuk. Muncung tu sama panjang dengan Litar Sepang dah Angah tengok.” Syahz ketawa.
“Angah!!”
“Ye lah. Angah mengaku kalah.” Ujar Syahz sambil mengangkat tangan persis mengangkat sumpah.
“Erm… Angah tengok Lyfa nie lain macam bebenor. Ada masalah ke? Nak kongsi dengan Angah?” Syahz mengubah topik perbualan bila melihat Lyfea yang sudah hampir menangis. Dia menggeleng. Kalau disakatnya cepat aje Lyfea terasa. Tetapi kalau dengan orang lain mahu mengamuk dia berbalas mulut. Mahu perang dunia ke tiga meletus jugak dimalaysia ini.
“Angah nie. Sibuk nak tahu masalah Lyfea tapi bila Lyfea bagitau dia pulak termenung. Tak suka lah macam nie.” Syahz tersentak. Tak perasan dia mengelamun tadi. Entah apa yang diberitahu oleh Lyfea agaknya.
“Erk.. sorry sayang. Lyfea cakap apa tadi?”
“Eii. Angah nie. Lyfea cakap Lyfea tak de masalah cuma bengang tahap gaban jer dengan seseorang. Menyakitkan hati betullah dia tu.” Ujar Lyfea merujuk kepada kejadian siang tadi.
“Hahahha…patut lah adik Angah nie dah macam tahap kritikal Angah tengok.” Usik Syahz lagi. Lyfea mencerlung marah. Abangnya yang sorang nie memang payah nak serius. Ada sahaja lawak bodoh yang nak kenakan dirinya.
“Angah nie seriuslah sikit. Lyfea betul-betul geram nie dia buat lawak plak.”
“Yer lah sayang. Angah seriuslah nie. Memang dah kritikal lah kalau adik Angah yang susah nak marah nie bleh bertukar jadik Hulk tiba-tiba.”
“Bila plak Lyfea jadik Hulk nie?” eiii Angah nie. Ada jugak dia katakan aku nie Hulk? Sikit punya comel aku nie dikatakan Hulk yang hijau berkilat tu? Tolong sikit.
“Yer lah dah lyfea cakap tadi geram tahap gaban kan? Setahu Angah, tu tahap petala kelapan dalam system geram. Bertuah budak tu tak jadi mangsa sayang Angah ni.”
Lyfea menggeleng. Payah betul nak bercakap dengan abangnya yang sorang nie. Tapi memang betul pun apa yang angah dia cakapkan nie. Dia memang geram gila dengan mamat tu. Kalau tak difikirkan dia berada dikhalayak ramai mahu lembik mamat tu ditibainya. Huhuuhuh… macamlah aku nie gagah sangat. Bak kata angah, macam Hulk.
“Nie awat nyer duk termenung plak nie? Tadi nak story-mory kat Angah. Tengok. Angah dah focus nie. Dah serius gila dah nie.” Ujar Syahz sambil membuat mimik muka serius. Lyfea ketawa melihat wajah angahnya. Seriuslah sangat.
“Huh!. Story sikit kat angah siapa yang buat adik kesayangan angah nie geram tahap gaban?” Sempat lagi dia mengenakan Lyfea. Lyfea menggeleng. Parah betul dapat abang macam nie. Ada jer yang nak kenakan dia.
“Ada budak kat kolej tadi sengaja nak kenakan Lyfea. Sengaja nak buat Lyfea marah agaknya.”
“Apa yang budak tu dah buat?” soal Syahz. Kesian jugak dengan Lyfea.
“Dia sengaja nak jatuhkan maruah Lyfea. Mentang-mentanglah Lyfea berpakaian macam nie. Yang peliknya pelajar lain pun ada jugak yang pakai macam nie tapi tekde nyer budak tu nak kecoh. Lyfea tak ganggu dia pun tiba-tiba dia nak marahkan Lyfea tak tentu fasal.” Rungut Lyfea.
Syahz Idrusy terangguk-angguk mendengar rungutan Lyfea. Dia memandang adik kesayangannya dengan perasaan berbaur. Sedih, kasihan, kecewa, dan sayang bercampur dalam hatinya.
“Angah dengar tak nie?” Pelik apabila melihat Angah menjadi pendiam tiba-tiba.
“Dengar sayang. Huh… Apa nama budak tu? Biar Angah bagi pengajaran sikit sebab buat adik Angah sedih.”
“Entah apa nama entah. Budak tak betul agaknya. Orang berbual pasal orang lain tapi dia pulak nak angin satu badan. Perasan tul lah budak tu.”
Lyfea mengetap bibir. Entah apa kesalahan yang dia buat terhadap lelaki itu dia tak tahu. Setahunya dia dan rakan-rakanya berbual tentang Emily, pelajar paling perasan kat kolej tu. Mentang-mentanglah anak datuk dia ingat dia boleh control semua orang. Malam sikit. Nie Lyfea lah. Ketua mafia kat kolej. Hahhahah.
“Ni apasal pulak duk tersengih sorang-sorang nie? Tadi bukan main marah lagi.” pelik betul dengan perangai budak nie. Tadi bukan main lagi angin putting beliungnya. Sekarang boleh tersenyum pulak? Pelik. Ke tak sihat budak nie?
Syahz meraba dahi Lyfea yang sedikit terselindung dengan topi baseball. Dahinya dikerutkan. Tak panas pun.
“Lyfea tak demam lah.” Ditepis tangan Angahnya yang masih melekat didahinya. Syahz tersengeh. Bijak pula budak nie membaca fikirannya. Selalunya lurus bendul. Blur memanjang.
“Budak tu laki ke pompuan?” soal Syahz.
“Lelaki.”
Tiba-tiba Syahz tersenyum. Mahu mengenakan adiknya. Kalau sesaat dia tak mengusik Lyfea hidupnya tak terasa kosong dan membosankan.
“Entah-entah dia nak pikat Lyfea tak?” Lyfea mencebik. Bahu Angah ditampar lembut. Huh!! Selisih malaikat 44. Kalau lelaki itu sukakannya pun. Dia belum tentu ingin berkenalan dengan lelaki yang suka bercakap besar dan sombong itu.
“Malaslah cerita sal mamat tu. Kita cerita sal benda lain plak. Hmm…bila Angah nak kahwin? Lyfea teringin nak bermain dengan anak saudara.” Lyfea tersenyum memandang Syahz yang kelihatan tak senang duduk. Isu sensitif bagi Angahnya.
“Hisy… Angah kan study lagi kenapa Angah pulak? Lyfea suruhlah Along kahwin. Nanti orang cakap langkah bendul pulak kalau Angah yang kahwin dulu.”
“Nak tunggu Along berjanggutlah nampaknya Lyfea.” Ujar Lyfea sambil berpura-pura mengusap dagunya yang licin itu persis mengusap janggut.
Syahz ketawa besar sambil kepalanya digeleng. Lucu dengan telatah Lyfea. Kalau dengar dek Alongnya kata-kata lyfea sebentar tadi mahu ketawa besar. Bukannya dia tak tahu yang Alongnya tak pernah mengambil serius kata-kata Lyfea.
Alongnya bukan tak kacak, kacak tetapi terlalu serius. Tiada kemesraan pada wajah itu. Walaupun begitu saban hari ada saja perempuan yang menghubungi Alongnya. Ajak keluar tetapi Along menolak. Tak selesa katanya. Lyfea juga pernah bagitaunya yang Along ada iras-iras Dangdeng Dantes, pelakon yang memainkan watak Sergio dalam drama Marimar. Kacak ke mamat tu? Kacak lagi aku. hehehheh.
“Alah…Along tu nampak jer serius memanjang. Bila berbual dengan perempuan tu muka tak pernah nak senyum, tapi kalau Lyfea nak tahu Along tu dah sedia nak kahwin. Tunggu masa jer.” ujar Syahz tersenyum.
“Yer lah tu. Tak pernah pulak Lyfea tengok Along rapat dengan perempuan kecuali…” Syahz tersentak. Sempat dia melirik memandang raut wajah Lyfea yang mula berubah.
“Lyfea jangan sebut nama perempuan tu lagi. Angah tak nak dengar.” Marah Syahz. Pantang benar dia apabila mendengar cerita tentang perempuan yang menjadi penyebab  Along dan adiknya berubah.
Syahz bangun meninggalkan Lyfea keseorangan ditaman. Tak betah mahu berlama memandang wajah murang si adik.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...